• Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Home Berita Terkini KM LANCAR BUKU SALLEH BERJUDUL "MENERAJU PERUBAHAN"
KM LANCAR BUKU SALLEH BERJUDUL "MENERAJU PERUBAHAN"


KOTA KINABALU: Bekas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Salleh Said Keruak, menghasilkan sebuah buku berjudul "MENERAJU PERUBAHAN" yang merupakan kompilasi tulisan mengenai pelbagai isu sepanjang kira-kira dua tahun lalu.

Simbolik pelancaran buku tersebut disempurnakan oleh Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Hj Aman, ketika Salleh mengadakan kunjungan hormat bagi menyerahkan satu naskhah salinan buku tersebut, pagi ini.

Kunjungan homat itu diadakan di pejabat Ketua Menteri di Bangunan Dewan Undangan Negeri, di sini.

Salleh berkata buku terbaru itu mengandungi 101 tulisan terpilih dari laman sesawang dan blog beliau, iaitu www.keruak.com dan www.sskeruak.blogspot.com.

Ia dijual pada harga RM70 senaskhah. Tempahan boleh dibuat menerusi emel: This e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it atau telefon 088-423954 dan fax 088-426420.

Salleh berkata "MENERAJU PERUBAHAN" dipilih sebagai judul buku ini bertujuan mengajak pembaca  supaya sentiasa bersikap terbuka, berpandangan global dan berfikir `di luar kotak’.

"Kita tidak lagi boleh menyempitkan pemikiran kerana ia boleh menghalang ke arah kemajuan, terutama dalam konteks dunia yang penuh persaingan ini," katanya.

Menurutnya, beliau membukukan tulisan-tulisan dalam laman web dan blog itu memandangkan masih ada antara masyarakat kita tidak mempunyai akses kepada dunia internet atau tidak berkesempatan melayarinya.

(sumber keruak.com)


 

Mengenai kami

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian P169 Kota Belud

Biro-biro Pemuda

Aktiviti-aktiviti terkini biro-biro Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian P169 Kota Belud

Forum

Forum Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian P169 Kota Belud. Klik sini.

Khidmat Nasihat

Khidmat nasihat dan rundingan kami.
Web:
www.pemudaumnokotabelud.org

JoomlaWatch Stats 1.2.9 by Matej Koval