• Increase font size
  • Default font size
  • Decrease font size
Perutusan KP

Assalamualaikum,

 

Salam perjuangan kepada pemuda yang sentiasa menjadi benteng kepada ketahanan Agama, Bangsa dan Negara sejak dulu, kini dan selamanya.

Terlebih dahulu, saya mewakili barisan kepimpinan Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Belud (PPUBKB) bagi sesi 2008-2011 merakamkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan dan saudara-saudara atas kepercayaan dan amanah yang diberikan kepada kami untuk meneruskan tradisi perjuangan pemuda membela Agama, Bangsa dan Negara.

Antara usaha dan kerja awal PPUBKB adalah dengan membangunkan Laman Web Portal PPUBKB ini, ianya ternyata terbukti bahawa kita juga telah maju setapak dalam usaha mengembangkan lagi dasar perjuangan PPUBKB dengan memanfaatkan sepenuhnya kemajuan teknologi masa kini. Kita juga berharap agar usaha awal PPUBKB ini menjadi perintis dalam membudayakan penggunaan teknologi maklumat atau ICT dikalangan Pemuda UMNO.

Pihak Pembangkang sering menggunakan atau menyalahgunakan saluran ICT ini dengan menyebarkan fitnah, salah fakta serta penyebaran fahaman mereka yang kebanyakannya berupa hasutan dan membawa budaya tidak sihat kepada golongan muda. Justeru itu, kita menggalas tugas ini dengan menangkis anasir-anasir ini bersesuaian dengan cara mereka (blog, laman web, forum dan lain-lain) yang seterusnya menegakkan kebenaran dan memberikan fakta yang betul disamping menyatakan pendapat yang jitu.

Selain itu, laman web ini dibangunkan dengan tujuan untuk memberi peluang kepada ahli-ahli UMNO (khususnya golongan muda) dan masyarakat mengetahui perkembangan politik dan hal ehwal parti. Juga dimuatkan idea-idea dan maklumat yang berguna bukan sahaja untuk ahli PPUBKB tetapi dialukan juga dari semua lapisan; tidak kira fahaman politik mahupun bangsa yang berbeza.

Semoga dengan pembangunan Laman Web Portal Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Kota Belud ini akan dapat menjadi platform kepada masyarakat di peringkat akar umbi untuk berinteraksi dan seterusnya merapatkan jurang yang terbentang.

 

Kalau Bukan Kita, Siapa Lagi.

Wassalam

 

Mengenai kami

Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian P169 Kota Belud

Biro-biro Pemuda

Aktiviti-aktiviti terkini biro-biro Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian P169 Kota Belud

Forum

Forum Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian P169 Kota Belud. Klik sini.

Khidmat Nasihat

Khidmat nasihat dan rundingan kami.
Web:
www.pemudaumnokotabelud.org

JoomlaWatch Stats 1.2.9 by Matej Koval